Permohonan adalah dipelawa dari Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan keutamaan adalah anak negeri Kelantan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak berelaun/sambilan di PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KELANTAN bagi jawatan seperti berikut (Klik untuk maklumat lanjut) :
▶ Pegawai Geosains Gred C41 (KONTRAK BERELAUN)
▶ Pembantu Geosains Gred C17 (SAMBILAN)
▶ Pembantu Tadbir Kewangan W17 (SAMBILAN)
Penubuhan laman Web Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian bagi Negeri Kelantan ini adalah pada dasarnya menerangkan secara terperinci tentang tugas-tugas yang dilakukan di bawah bidang kuasa Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Resume sendiri. Semua permohonan hendaklah lengkap dan disertakan salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa/ Penghulu / Penggawa yang mempunyai cop rasmi jawatan seperti berikut:-
i) Salinan kad pengenalan;
ii) Salinan surat beranak;
iii) Salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan; dan
iv) Sekeping gambar berukuran passport.
Nama jawatan hendaklah di tulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan Resume yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-
Pengarah
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Blok 3, Kompleks Kota Darulnaim
15576 Kota Bharu
(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan)
Permohonan juga boleh dihantar melalui emel ke ptg@kelantan.gov.my Maklumat lanjut jawatan kosong Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan boleh didapati disini.
Tarikh tutup permohonan : 30 Januari 2014
Like Facebook eJawatanKosong untuk mendapatkan maklumat kerja kosong terbaru 2013 di Kelantan & seluruh Malaysia. Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta.
No comments:
Post a Comment